Thursday, 25 October 2012

Kelebihan ibadah korban | keistimewaan Aidiladha (Hari Raya Haji)

Salam sahabat2 silat..
moga semakin bertambah iman..
insya'ALLAH..

Mcm x sangka... esok raya dah.. malam nie, malam raya.. petang nie blh dah takbir raya..
Alhamdulillah.. syukur tidak terhingga pada ALLAH krn masih lagi memberi peluang utk kita bernafas sehingga ke waktu ini.. Terima Kasih ya ALLAH..

Raya Aidiladha nie byk kelebihan..
Ia merupakan perayaan yang dirayakan diseluruh dunia bagi menandakan berakhirnya tempoh mengerjakan ibadat haji di Mekah, yang merupakan rukun Islam kelima yang terakhir bagi mereka yang mampu, dan menandakan bermulanya ibadat korban untuk dibahagi-bahagikan kepada fakir miskin.

Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.

Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.

Hari Raya Korban jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah, bulan terakhir pada kalender Hijrah Islam. 10 Zulhijjah merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah, di luar bandar Mekah.
Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadah korban. Ibadah korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidil Adha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.

Selepas bersembahyang, upacara Ibadah korban akan dimulakan. Lembu, kambing, dan biri-biri yang dikorbankan akan disembelih secara beramai-ramai di kawasan masjid sebelum dibahagi-bahagikan kepada orang ramai terutamanya kepada golongan fakir miskin.

Hari Raya Aidil Adha disambut ketika umat Islam membuat penziarahan ke Mekah, mengunjung Kaabah dan melakukan ibadah korban sembelihan. Al-Quran tidak menyatakan, tetapi umat Islam memegang bahawa perayaankorban ini memperingati kesanggupan Nabi Ibrahim untuk menyerahkan anaknya sebagai korban kepada Tuhan.

Selepas sembahyang, sekali lagi umat Islam akan bersama-sama  melawati perkuburan orang yang disayangi. Semua orang akan memakai pakaian baru dan selepas itu yang muda akan memohon kemaafan daripada yang tua. Selepas itu semua orang akan menjamah pelbagai juadah yang disediakan sebelum ziarah dan menziarahi sesama mereka.

Pada hari raya korban, orang Islam disunatkan mengenakan pakaian yang paling cantik, paling bersih, dan juga mengenakan wangi-wangian. Pada pagi hari raya korban, umat Islam akan mengerjakan sembahyang sunat Hari Raya sebanyak 2 rakaat akan diadakan pada sebelah pagi, biasanya agak awal sedikit berbanding Hari Raya Aidil Fitri...


Itu jelah yg dapat sy kongsikan sedikit sebanyak tentang kelebihan Aidiladha ini..
Mohon kesempatan utk mengucapkan "SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA 1433H"..
Selamat bercuti juga utk semua sahabat2 yg pulang beraya.. ^^,




Thursday, 11 October 2012

UKHUWAH FILLAH 2012

Assalamualaikum wtb sahabat2 cekak hanafi..
Diharap smua sihat2 belaka hendaknya.. insya'ALLAH..
Jgn di lupa recharge imanya di hari yg penuh barakah ini..

Pada 10/10/2012 lepas, bersamaan hari rabu malam khamis, Persatuan Seni Silat Cekak Ust Hanafi UniSZA telah mengadakan satu program bersama ahli2 baru yg mnyertai Persatuan Silat ini bagi sesi 2012/2013 di hadapan Pusat Seni Warisan UniSZA. Kesemua ahli silat sama ada yg lama atau baru menghadirkan diri bg bersama2 memeriahkan lagi pgrm malam itu.

Pengisian pada malam itu adalah slot ""Taa"aruf"" dan menceritakan matlamat masing2. Dari situ, sedikit sebanyak ahli2 lama dan baru dpt mengenali sahabat2 silat yg bersama2 dgn mereka dalam berjuang dan mempelajari Seni Silat Cekak Ust Hanafi ini di UniSZa.



sahabat2 silat kumpul bersama2..







bersama penasihat Persatuan Seni Silat Cekak Ust Hanafi, En. Muhammad Hafiz.
 


sewaktu memperkenalkan diri bersama ahli baru bagi lelaki..










bersama ahli baru bagi wanita..










Sementara itu, ada sahabat2 silat yg lain bertungkus-lumus menyediakan juadah bg program ini. Menu kami pada malam itu adalah ayam bakar. Ada di antara sahabat2 kami yg bersusah payah membantu di belakang tadbir. Jasa mereka amat kami hargai-----> Syukran Sahabat!!

 Antara gelagat2 mereka yg menjayakan prgrm malam tue.. ( belakang tadbir.. )











Setelah slot Taa'aruf bersama2 ahli, tibalah saat yg di nantikan iaitu, "makan, makan, makan.. "... " Bismillah.. "



 
Alhamdulillah....
Segalanya berjalan dgn lancar..
Syukur kepadaMU dan terima kasih ya ALLAH..
Terima kasih juga kepada smua sahabat2 silat kerana sudi menghadirkan diri ke majlis ini..
Tidak lupa juga jutaan Terima Kasih kpd jurulatih yg sudi bersama2 kami pada malam itu..


Sekian sahaja..
Semoga ukhuwah yg dibina berkekalan hingga ke syurgaNYA..
Moga2 segala yg kita lakukan mendapat keberkatan dan di redhaiNYA..
Insya'ALLAH...

" PENERAJU WARISAN MUTLAK"

"" Syukran Jazilan""

- Ikhlas dari MT, EXCO dan Seketeriat Persatuan Seni Silat Cekak Ust Hanafi UniSZA 2012..






Monday, 17 September 2012

PENGAMBILAN AHLI BARU PSSCUH UNISZA SESI 2012/13

Salam 1 cekak sahabat2 silat..
moga hari ini lebih baik semalam..
moga ALLAH redhai dengan segala perlakuan kita pada hari ini..
insya'ALLAH..

Makluman terkini mengenai PSSCUH UniSZA adalah berkenaan dengan pengambilan ahli baru yg berlangsung di kafe baru sehingga 21 sept 2012.. kaunter di buka dua sesi, sesi pertama  pada jam 5.00 ptg - 7.00 ptg dan sesi kedua pada jam 9.00mlm - 11.00 mlm..

Pada rabu malam, bersamaan 19 sept 2012, akan di adakan Majlis Penerangan di Ali 02 pada jam 8.30malam..
Di minta kepada ahli Silat Cekak Ust Hanafi UniSZA yg berkelapangan waktu hadirkan diri bagi memeriahkan lagi majlis penerangan pada malam itu..

Pada hari jumaat pula, bersamaan 21 sept 2012, akan di adakan Majlis Pengijazahan Seni Silat Cekak Ust Hanafi di UMT pada jam 3.00ptg..

Kepada sesiapa yg berminat dan  mahu memartabatkan lagi seni warisan silat, jom pakat2 join..
Pengambilan masih lagi di buka sehingga 21 sept 2012..

Moga ALLAH permudahkan urusan kami.. insya'ALLAH.. aminn..



 " PENERAJU WARISAN MUTLAK.. "

Tuesday, 4 September 2012

SELAMAT DATANG KEPADA PELAJAR-PELAJAR YG BARU MENDAFTAR DI UNISZA

Assalamua’laikum dan Salam Sejahtera
Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi mengucapkan selamat datang kepada mahasiswa/i baru UniSZA sesi 2012/2013.

Pertamanya tahniah kepada mahasiswa/i baru UniSZA. Memasuki dunia kampus semestinya suatu perkara baru yang menyeronokkan buat kebanyakan pelajar yang bergelar mahasiswa. Hajat ayah telah terkabul, doa ibu telah berjawab, kiranya untuk si anak menjadi insan yang berjaya.

Justeru, sebagai seorang mahasiswa, wajib kita memahami tanggungjawab dan tugas kita pada agama dan bangsa juga pada negara. Kita selaku mahasiswa perlu menggalas tugas ini bukan hanya dengan menjadikan kecemerlangan akademik sebagai satu matlamat utama lantas meninggalkan kecemerlangan sahsiah/peribadi juga akal dan minda. Begitu yang selalu ditekankan dalam Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi UniSZA, bukan sekadar bersilat fizikal, tetapi pembentukkan sahsiah dan akhlak pada diri pesilat menjadi elemen utama persatuan. Juga sebagai mahasiswa, kita bertanggungjawab mengambil peduli isu ummah, kemasyarakatan dan sosial di mana kita juga adalah sebahagian daripada proses pembangunan ummah.

Akhir kata, selamat menjadi warga kampus yang memahami tanggungjawab dan hak sebagai insan berilmu.





:: Daripada Barisan Majlis Tertinggi & Exco serta ahli-ahli Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi (PSSCUH) Universiti Sultan Zainal Abidin.

Wednesday, 29 August 2012

JOM PUASA 6..

salam sahabat2 silat semua.
 
pakat2 baca ye tentang kelebihan puasa 6.. ^^,
 
Kesempurnaan ibadat seseorang Islam bukan sekadar terletak kepada amalan-amalan fardhu yang diwajibkan oleh Allah S.W.T., malah ia turut ditampung oleh amalan-amalan sunat di dalam memperindahkan lagi mutu ibadat yang dilakukan.

Seumpama solat yang menjadi amalan terawal dihisab di Padang Mahsyar kelak, dinilai terlebih dahulu akan solat wajib yang dilakukan, dan jika terdapat kekurangan, ia akan dilihat melalui amalan solat sunat bagi menampung mana-mana kekurangan solat fardhu. Begitu juga amalan berpuasa. Kecantikan puasa wajib Ramadhan jika ditambah dengan puasa-puasa sunat adalah terlebih indah dan baik daripada hanya bergantung kepada puasa Ramadhan semata-mata.

Terdapat banyak jenis puasa-puasa sunat yang boleh dilaksanakan seperti berpuasa sunat hari Isnin dan Khamis, puasa 10 Muharram, puasa tiga hari dalam sebulan dan puasa enam hari di bulan Syawal.

Menjadi kebiasaan kepada orang-orang Islam di Malaysia berpuasa sunat selama enam hari di bulan Syawal selepas mereka menamatkan puasa sebulan Ramadhan kerana meyakini ganjaran dan pahala yang akan dikurniakan oleh Allah S.W.T.

Abu Ayyub al-Ansari ada meriwayatkan satu hadith daripada Rasulallah s.a.w. di dalam menerangkan tentang kelebihan puasa enam Syawal yang maksudnya “sesiapa yang berpuasa Ramadhan, kemudian diikutinya puasa enam hari Syawal samalah seperti dia berpuasa sepanjang tahun” ( Dikeluarkan oleh Imam Muslim di dalam sahihnya, juga dikeluarkan oleh sekalian ramai ulama hadith seperti al-Tirmizi, al-Nasaie dan Ibn. Majah ). Imam al-Syafie menjelaskan bahawa hadith ini adalah hadith sahih.

Imam al-Tabrani pula ada mengeluarkan di dalam susunan hadithnya yang turut berkaitan dengan fadhilat puasa enam Syawal maksudnya “sesiapa yang berpuasa Ramadhan dan diikuti kemudiannya puasa enam hari dalam bulan Syawal, keluarlah dari dirinya segala dosa seperti hari dia dilahirkan oleh ibunya”

Terdapat beberapa persoalan tentang perlaksanaan puasa enam Syawal adakah terus langsung dilaksanakan selepas hari raya pertama dan dibuat secara berturut-turut atau boleh dilakukan pada bila-bila masa sepanjang Syawal sama ada secara berturut-turut atau sebaliknya.

Pendapat di dalam mazhab Syafie menyebut bahawa yang terlebih afdhal di dalam perlaksanaannya ialah sejurus selepas hari raya pertama dan dilakukan enam hari berturut-turut.

Ini tidak pula bermakna, jika seseorang itu melaksanakan secara terputus-putus (tidak berturutan) atau dilakukan pada pertengahan atau akhir Syawal dianggap satu kesalahan atau tidak mendapat pahala, malah semuanya diterima Allah dan dikira sebagai satu ibadah juga.

Perlu difahami bahawa yang dimaksudkan dengan puasa sepanjang tahun itu bukan terletak kepada puasa 6 hari Syawal dengan meninggalkan puasa Ramadhan, tetapi kelebihan puasa setahun itu diperolehi setelah dilengkapkan puasa Ramadhan dan disambung dengan puasa Syawal.

Imam al-Nawawi di dalam kitab Syarah Sahih Muslim ada menyebut kewajaran pahala diberikan seumpama puasa setahun kepada mereka yang berpuasa 6 Syawal. Merujuk kepada satu hadith Rasulullah s.a.w. yang bermaksud “Setiap satu amalan kebajikan itu digandakan pahalanya sebanyak 10 kali ganda”.

Ini bermakna bahawa puasa sehari dalam bulan Ramadhan samalah seperti puasa sepuluh kali, dan jika sebulan Ramadhan itu gandaan pahalanya seumpama puasa 10 bulan kerana ianya adalah sepuluh kali ganda. Manakala puasa sehari bulan Syawal seumpama 10 kali puasa dan 6 hari menyamai 60 hari iaitu 2 bulan. Maka jika ditambah 10 bulan dengan 2 bulan samalah seperti puasa setahun.

Apakah hukumnya jika seseorang itu berniat untuk qadha puasanya dan dibuat 6 hari dalam Syawal adakah akan mendapat pahala puasa 6 Syawal?

Syeikh al-Marhum Atiyyah Saqar (salah seorang ulama terkenal al-Azhar) di dalam kitab himpunan fatwanya ada menyebut bahawa hukumnya dibolehkan kepada seseorang untuk qadha puasanya dan ditunaikan 6 hari dalam bulan Syawal dengan niat qadha, maka terhasillah baginya pahala qadha dan pahala puasa 6 Syawal. Tetapi yang lebih afdhal ialah diasingkan antara puasa qadha dan puasa 6 Syawal kerana puasa qadha itu hukumnya wajib dan puasa Syawal itu hukumnya sunat, maka adalah lebih baik tidak disatukan niat kerana antara yang sunat dan wajib itu tidak boleh disatukan.

Para ulama mazhab Syafie menyebut bahawa pahala puasa 6 Syawal itu akan terhasil juga apabila seseorang itu melakukan puasa qadha selama 6 hari walaupun niatnya adalah qadha dan bukan niat puasa 6 Syawal, tetapi pahalanyanya untuk puasa 6 Syawal itu kurang sedikit. Ini menurut kata-kata Imam al-saya’rawi “Jika seseorang itu berpuasa di dalam bulan Syawal sebagai qadha daripada puasa Ramadhan atau puasa nazar atau lain-lain puasa sunat, maka akan diperolehi pahala sunat Syawal itu kerana terlaksananya puasa 6 hari dalam bulan Syawal tetapi kesempurnaan pahala tidak diperolehi sepenuhnnya melainkan jika diniatkan untuk puasa sunat 6 hari bulan Syawal”.

Sebagai kesimpulannya, adalah terlebih baik jika puasa sunat 6 Syawal dibuat berasingan dengan puasa lain sama ada qadha, nazar, kaffarah ataupun puasa sunat yang lain. Selesaikan dahulu 6 hari puasa qadha dan ditambah kemudiannya dengan niat puasa 6 Syawal. Ini akan lebih menyeragamkan amal ibadat yang dilakukan agar tidak bercampur aduk antara satu sama lain.

Antara hikmat disyariatkan puasa 6 hari bulan Syawal ialah sebagai satu latihan kepada orang-orang Islam bahawa amal ibadat itu bukan terletak pada bulan-bulan tertentu seperti Ramadhan bahkan amalan itu perlu konsisten untuk sepanjang kehidupan manusia.

Ia juga sebagai satu cabaran kepada orang-orang Islam supaya tidak menjadikan Syawal itu bulan bergembira semata-mata dan jika puasa itu dilakukan seawal mungkin di permulaan Syawal, ini akan menjadikan seseorang manusia itu benar-benar ingin menyahut seruan dari Allah untuk terus beribadat secara istiqamah dan berpanjangan.
 
jadi, pada semua sahabat2, apa lagi yg nk di tunggu, marilah start puasa 6..
bg menyempurnakan ibadah yg kita kejar di dalam bulan ramadhan, sempurnakanlah ia dgn puasa 6..
 
" Sesiapa berpuasa ramadhan dan diikuti dgn puasa 6 hari pada bulan syawal, maka seolah2 dia berpuasa setahun." (riwayat Ibn Hibban)... "
 
sape2 yg belum mula? jom mulakan.. ^^,



Thursday, 19 July 2012

PENANTIANKU BERAKHIR

salam sahabat2 silat smua..
mcm mane keaadaan hari nie?
di harap sihat dan semakin bertambah keimanan..insya'ALLAH..
Alhamdulillha, syukur lepada ALLAH..sehingga kini  kte masih lagi dpt bernafas dan dpt bertemu 30 syabaan 1433H pada hari ini..
syukur yg x terhingga kpd ALLAH..krn ALLAH telah memilih kite utk berada di akhir bulan syaaban dan insya'ALLAH, jika di izinkn ALLAH, kite bertemu bulan ramadhan..pada es0k hari..

Alhamdulillah, penantian berakhir. Penantian menanti bulan yg penuh barakah. Bulan yg penuh dgn tawaran2 yg ALLAH tawar pada kita. Di mana, kite sbg hambaNYA, harus merebut peluang yg ALLAH sediakan utk kite meraih pahala dan menjadikan segala amalan yg kite lakukan di redhai ALLAH..insya'ALLAH, aminn..

Alhamdulillah, malam nie sluruh umat islam akan mula menunaikan solat sunat terawaih. Meskipun ianya hanya sunat, jgnlah kite sengaja meninggalkan solat sunat ini. Hanya setahun sekali je kite dpt bertemu dan mengerjakan solat sunat ini. Susah nk bertemu. Apabila diberi peluang utk bertemu, kite hendaklah meraihkan kedatangannya dan jadikan ia sebahangian dr amalan kite di dalam bulan Al-Quran yakni bulan ramadhan.

Jadi, di kesempatan ini, admin ucapkan sELaMat MeNyaMbUt bULaN rAmAdHaN dan sELaMaT bErPuaSa..sm0ga iman kite kuat utk sentiasa berusaha merebut peluang utk dekat dgnNYA di bulan ini.
m0ga sahabat2 smua sentiasa di bawah perlindunganNYA..insya'ALLAH, aminn..


Ya ALLAH... Aku lebih merindukan bulan suci ramadhan di banding kerinduanku kepada seorang kekasih. Ampunilah semua dosa hamba dan semoga ramadhan 1433 H tahun ini merupakan ramadhan yang penuh rahmat untuk bekal ketaqwaan hamba ke pada Engkau di kemudian hari..
insya'ALAH..aminn..

Wednesday, 11 July 2012

KEJOHANAN WAJADIRI NASIONAL DI UPM 2012

Salam mahabbah, salam ukhuwah kpd sahabat2 Silat Cekak Hanafi UniSZA..
macam mane iman sahabat hari ini..admin harap smuanye bereh2 blak0 deh.
bingkisan kali nie, admin nk k0ngsi mengenai Kejohanan Wajadiri Nasional yg baru sahaja di adakan di UPM pd 7hb julai 2012..

Silat Cekak Ust Hanafi UniSZA  mnyertai Kejohanan Wajadiri kali ini dgn menghantar peserta seramai 25 org .Kej0hanan ini membuka 7 kategori iaitu sepasang pisau, kaki, tongkat, umum, papan sekeping, asas jatuh dan adegan praktikal. Srikandi UniSZA mnyertai kesemua kategori dan pahlawan2 UniSZA ( lelaki ) juga mnyertai semua kategori kecuali kategori asas jatuh.

Kami, bert0lak pada mlm 5hb julai dan smpai di h0mestay kami tepat pkul 9.45pg, 6hb julai. Alhamdulillah, sampai juga kami ke bumi KL. Selepas tu, kami bergegas myiapkan diri krn pada pkul 11pg, kami akan bert0lak ke festival bunga yg di adakan di Putrajaya dan Alamanda.

macam ragam ade. sejujurnya admin x pernah menjejakkan kaki ke putrajaya.. percaya x?..hehehe..











jalan2 cari makan..^^,











bergambar di festival bunga di Putrajaya..











antara hasil karya salah sebuah institusi yg menyertai festival ini..











selepas tue, kami pulang ke h0mestay kami yg terletak di Sungai Ramal, Bangi. Pada petang tue, kami buat persiapan nk bakar ayam..nyum3..hehehe.

Pada pagi 7hb julai, tepat jam 7.20pg kami bert0lak ke UPM bg meneruskan perjuangan dan menjalankan tanggungjawab kami.

Smpai je di UPM, kami di minta bergambar..muka2 sebelum perlawanan.."wajah mempamerkan senyuman, di hati mempamerkan keresahan"..hehehe..







Kejohanan mengambil masa selama 2 jam dan Alhamdulillah berakhir dgn jayanya..











Alhamdulillah, syukur kepada ALLAH krn keputusan Kej0hanan berpihak kepada pasukan wanita UniSZA peringkat IPT.. kami tidak menyangka kemenangan ini dan bersyukur sgt3 kpd ALLAH..segala usaha dan pengorbanan yg kami lakukan membawa hasil. Benarlah kata2 pepatah arab bahawa siapa yg berusaha, dia dpt hasilnya. Alhamdulillah, skuad UniSZA wanita memenangi 3 emas yg mewakili kategori sepasang pisau, papan sekeping, asas jatuh dan 1 perak mewakili sepasang kaki sekaligus menjadikan UniSZA ,muncul sbg Juara keseluruhan Wanita peringkat IPT 2012.

muka2 ceria mendapat pingat..^^,










itu dia, pahlawan melayu yg pantang di cabar..hehehe..^^,












byknye pingat shah, tp bukan syah punya smua tue..0pss, s0ry shah..~____~










munir bersama Piala Keseluruhan Wanita peringkat IPT 2012..^^,









Alhamdulillah, selesai sudah Kejohanan Wajadiri Nasional sesi 2012 ini.. thun depan, 2013, Kej0hanan Wajadiri Nasional akan di adakan secara rasmi di Uniten. Pakat serta ramai2 deh..

buat sahabat2 silat cekak hanafi Unisza, syukran katsir admin ucapkan krn menjayakan program ini bersama. sekalung tahniah admin ucapkan bt sahabat2 yg menyertai kej0hanan ini krn berjaya merangkul pingat emas. admin harap silat cekak hanafi unisza akan mengekakalkan kejayaan pada masa akan datang. sm0ga bertemu lagi sahabat2 di CABARAN PANDAI SILAT pada 7hb 0ktober 2012..^^,