Monday 17 September 2012

PENGAMBILAN AHLI BARU PSSCUH UNISZA SESI 2012/13

Salam 1 cekak sahabat2 silat..
moga hari ini lebih baik semalam..
moga ALLAH redhai dengan segala perlakuan kita pada hari ini..
insya'ALLAH..

Makluman terkini mengenai PSSCUH UniSZA adalah berkenaan dengan pengambilan ahli baru yg berlangsung di kafe baru sehingga 21 sept 2012.. kaunter di buka dua sesi, sesi pertama  pada jam 5.00 ptg - 7.00 ptg dan sesi kedua pada jam 9.00mlm - 11.00 mlm..

Pada rabu malam, bersamaan 19 sept 2012, akan di adakan Majlis Penerangan di Ali 02 pada jam 8.30malam..
Di minta kepada ahli Silat Cekak Ust Hanafi UniSZA yg berkelapangan waktu hadirkan diri bagi memeriahkan lagi majlis penerangan pada malam itu..

Pada hari jumaat pula, bersamaan 21 sept 2012, akan di adakan Majlis Pengijazahan Seni Silat Cekak Ust Hanafi di UMT pada jam 3.00ptg..

Kepada sesiapa yg berminat dan  mahu memartabatkan lagi seni warisan silat, jom pakat2 join..
Pengambilan masih lagi di buka sehingga 21 sept 2012..

Moga ALLAH permudahkan urusan kami.. insya'ALLAH.. aminn..



 " PENERAJU WARISAN MUTLAK.. "

Tuesday 4 September 2012

SELAMAT DATANG KEPADA PELAJAR-PELAJAR YG BARU MENDAFTAR DI UNISZA

Assalamua’laikum dan Salam Sejahtera
Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi mengucapkan selamat datang kepada mahasiswa/i baru UniSZA sesi 2012/2013.

Pertamanya tahniah kepada mahasiswa/i baru UniSZA. Memasuki dunia kampus semestinya suatu perkara baru yang menyeronokkan buat kebanyakan pelajar yang bergelar mahasiswa. Hajat ayah telah terkabul, doa ibu telah berjawab, kiranya untuk si anak menjadi insan yang berjaya.

Justeru, sebagai seorang mahasiswa, wajib kita memahami tanggungjawab dan tugas kita pada agama dan bangsa juga pada negara. Kita selaku mahasiswa perlu menggalas tugas ini bukan hanya dengan menjadikan kecemerlangan akademik sebagai satu matlamat utama lantas meninggalkan kecemerlangan sahsiah/peribadi juga akal dan minda. Begitu yang selalu ditekankan dalam Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi UniSZA, bukan sekadar bersilat fizikal, tetapi pembentukkan sahsiah dan akhlak pada diri pesilat menjadi elemen utama persatuan. Juga sebagai mahasiswa, kita bertanggungjawab mengambil peduli isu ummah, kemasyarakatan dan sosial di mana kita juga adalah sebahagian daripada proses pembangunan ummah.

Akhir kata, selamat menjadi warga kampus yang memahami tanggungjawab dan hak sebagai insan berilmu.





:: Daripada Barisan Majlis Tertinggi & Exco serta ahli-ahli Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi (PSSCUH) Universiti Sultan Zainal Abidin.