Tuesday 4 September 2012

SELAMAT DATANG KEPADA PELAJAR-PELAJAR YG BARU MENDAFTAR DI UNISZA

Assalamua’laikum dan Salam Sejahtera
Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi mengucapkan selamat datang kepada mahasiswa/i baru UniSZA sesi 2012/2013.

Pertamanya tahniah kepada mahasiswa/i baru UniSZA. Memasuki dunia kampus semestinya suatu perkara baru yang menyeronokkan buat kebanyakan pelajar yang bergelar mahasiswa. Hajat ayah telah terkabul, doa ibu telah berjawab, kiranya untuk si anak menjadi insan yang berjaya.

Justeru, sebagai seorang mahasiswa, wajib kita memahami tanggungjawab dan tugas kita pada agama dan bangsa juga pada negara. Kita selaku mahasiswa perlu menggalas tugas ini bukan hanya dengan menjadikan kecemerlangan akademik sebagai satu matlamat utama lantas meninggalkan kecemerlangan sahsiah/peribadi juga akal dan minda. Begitu yang selalu ditekankan dalam Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi UniSZA, bukan sekadar bersilat fizikal, tetapi pembentukkan sahsiah dan akhlak pada diri pesilat menjadi elemen utama persatuan. Juga sebagai mahasiswa, kita bertanggungjawab mengambil peduli isu ummah, kemasyarakatan dan sosial di mana kita juga adalah sebahagian daripada proses pembangunan ummah.

Akhir kata, selamat menjadi warga kampus yang memahami tanggungjawab dan hak sebagai insan berilmu.





:: Daripada Barisan Majlis Tertinggi & Exco serta ahli-ahli Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi (PSSCUH) Universiti Sultan Zainal Abidin.

No comments:

Post a Comment