Thursday 25 October 2012

Kelebihan ibadah korban | keistimewaan Aidiladha (Hari Raya Haji)

Salam sahabat2 silat..
moga semakin bertambah iman..
insya'ALLAH..

Mcm x sangka... esok raya dah.. malam nie, malam raya.. petang nie blh dah takbir raya..
Alhamdulillah.. syukur tidak terhingga pada ALLAH krn masih lagi memberi peluang utk kita bernafas sehingga ke waktu ini.. Terima Kasih ya ALLAH..

Raya Aidiladha nie byk kelebihan..
Ia merupakan perayaan yang dirayakan diseluruh dunia bagi menandakan berakhirnya tempoh mengerjakan ibadat haji di Mekah, yang merupakan rukun Islam kelima yang terakhir bagi mereka yang mampu, dan menandakan bermulanya ibadat korban untuk dibahagi-bahagikan kepada fakir miskin.

Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.

Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.

Hari Raya Korban jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah, bulan terakhir pada kalender Hijrah Islam. 10 Zulhijjah merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah, di luar bandar Mekah.
Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadah korban. Ibadah korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidil Adha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.

Selepas bersembahyang, upacara Ibadah korban akan dimulakan. Lembu, kambing, dan biri-biri yang dikorbankan akan disembelih secara beramai-ramai di kawasan masjid sebelum dibahagi-bahagikan kepada orang ramai terutamanya kepada golongan fakir miskin.

Hari Raya Aidil Adha disambut ketika umat Islam membuat penziarahan ke Mekah, mengunjung Kaabah dan melakukan ibadah korban sembelihan. Al-Quran tidak menyatakan, tetapi umat Islam memegang bahawa perayaankorban ini memperingati kesanggupan Nabi Ibrahim untuk menyerahkan anaknya sebagai korban kepada Tuhan.

Selepas sembahyang, sekali lagi umat Islam akan bersama-sama  melawati perkuburan orang yang disayangi. Semua orang akan memakai pakaian baru dan selepas itu yang muda akan memohon kemaafan daripada yang tua. Selepas itu semua orang akan menjamah pelbagai juadah yang disediakan sebelum ziarah dan menziarahi sesama mereka.

Pada hari raya korban, orang Islam disunatkan mengenakan pakaian yang paling cantik, paling bersih, dan juga mengenakan wangi-wangian. Pada pagi hari raya korban, umat Islam akan mengerjakan sembahyang sunat Hari Raya sebanyak 2 rakaat akan diadakan pada sebelah pagi, biasanya agak awal sedikit berbanding Hari Raya Aidil Fitri...


Itu jelah yg dapat sy kongsikan sedikit sebanyak tentang kelebihan Aidiladha ini..
Mohon kesempatan utk mengucapkan "SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA 1433H"..
Selamat bercuti juga utk semua sahabat2 yg pulang beraya.. ^^,




Thursday 11 October 2012

UKHUWAH FILLAH 2012

Assalamualaikum wtb sahabat2 cekak hanafi..
Diharap smua sihat2 belaka hendaknya.. insya'ALLAH..
Jgn di lupa recharge imanya di hari yg penuh barakah ini..

Pada 10/10/2012 lepas, bersamaan hari rabu malam khamis, Persatuan Seni Silat Cekak Ust Hanafi UniSZA telah mengadakan satu program bersama ahli2 baru yg mnyertai Persatuan Silat ini bagi sesi 2012/2013 di hadapan Pusat Seni Warisan UniSZA. Kesemua ahli silat sama ada yg lama atau baru menghadirkan diri bg bersama2 memeriahkan lagi pgrm malam itu.

Pengisian pada malam itu adalah slot ""Taa"aruf"" dan menceritakan matlamat masing2. Dari situ, sedikit sebanyak ahli2 lama dan baru dpt mengenali sahabat2 silat yg bersama2 dgn mereka dalam berjuang dan mempelajari Seni Silat Cekak Ust Hanafi ini di UniSZa.



sahabat2 silat kumpul bersama2..







bersama penasihat Persatuan Seni Silat Cekak Ust Hanafi, En. Muhammad Hafiz.
 


sewaktu memperkenalkan diri bersama ahli baru bagi lelaki..










bersama ahli baru bagi wanita..










Sementara itu, ada sahabat2 silat yg lain bertungkus-lumus menyediakan juadah bg program ini. Menu kami pada malam itu adalah ayam bakar. Ada di antara sahabat2 kami yg bersusah payah membantu di belakang tadbir. Jasa mereka amat kami hargai-----> Syukran Sahabat!!

 Antara gelagat2 mereka yg menjayakan prgrm malam tue.. ( belakang tadbir.. )











Setelah slot Taa'aruf bersama2 ahli, tibalah saat yg di nantikan iaitu, "makan, makan, makan.. "... " Bismillah.. "



 
Alhamdulillah....
Segalanya berjalan dgn lancar..
Syukur kepadaMU dan terima kasih ya ALLAH..
Terima kasih juga kepada smua sahabat2 silat kerana sudi menghadirkan diri ke majlis ini..
Tidak lupa juga jutaan Terima Kasih kpd jurulatih yg sudi bersama2 kami pada malam itu..


Sekian sahaja..
Semoga ukhuwah yg dibina berkekalan hingga ke syurgaNYA..
Moga2 segala yg kita lakukan mendapat keberkatan dan di redhaiNYA..
Insya'ALLAH...

" PENERAJU WARISAN MUTLAK"

"" Syukran Jazilan""

- Ikhlas dari MT, EXCO dan Seketeriat Persatuan Seni Silat Cekak Ust Hanafi UniSZA 2012..