Tuesday 26 February 2013

Kedudukan seorang wanita..


Kes 1: Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin
Wanita dalam golongan ini akan dikahwinkan dengan seorang lelaki di kalangan Ahli Syurga. Rasulullah SAW bersabda: “Tiada si bujang di dalam syurga” [Hadis Riwayat Muslim]. Ini kerana ada juga kaum lelaki yang belum berkahwin sebelum meninggal dunia.

Kes 2: Wanita yang meninggal dunia setelah bercerai dan tidak berkahwin dengan lelaki lain selepas itu.
Wanita dalam golongan ini juga akan dikahwinkan oleh Allah SWT dengan lelaki daripada Ahli Syurga.

Kes 3: Wanita yang meninggal dunia sedangkan suaminya tidak memasuki syurga.
Seperti kes 2, wanita dalam golongan ini juga akan mengahwini lelaki daripada Ahli Syurga.

Kes 4: Wanita yang meninggal dunia setelah berkahwin
Wanita dalam golongan ini akan bersama suami mereka masing-masing asalkan suaminya memasuki syurga.

Kes 5: Wanita yang kematian suami dan tidak berkahwin selepas itu
Seperti kes 4, Wanita dalam golongan ini akan bersama suami mereka masing-masing asalkan suaminya yang meninggal tersebut memasuki syurga.

Kes 6: Wanita yang kematian suami tetapi berkahwin dengan lelaki lain
Wanita dalam golongan ini akan bersama dengan suaminya yang terakhir sebelum meninggal dunia, tidak kira berapa kali wanita tersebut berkahwin. Suaminya yang terakhir adalah suaminya di syurga sekiranya suami itu menjadi Ahli Syurga. Ini dikuatkan oleh hadis Rasulullah “Wanita adalah kepunyaan suaminya yang terakhir” Hadis sahih riwayat Al-Albani.


Di dalam Al-Quran, Huurun’iin merupakan gadis-gadis pelayan di syurga (bidadari) untuk Ahli Syurga lelaki manakala Wildaan adalah teruna-teruna pelayan di syurga (bidadara) untuk wanita. Sesungguhnya, semua Ahli-ahli syurga adalah pemuda dan pemudi syurga. Pernah satu ketika Rasullullah SAW bersabda pada seorang wanita tua “Tiada orang tua sepertimu di dalam syurga”, wanita tua itu begitu sedih hati apabila mendengar sabda baginda SAW, kemudian Rasulullah SAW bersabda lagi “Usah bersedih, maksudku ialah di syurga nanti tiada orang tua sepertimu kerana orang tua sepertimu akan menjadi muda belaka”. Sesungguhnya ganjaran syurga Allah SWT menanti pada hamba-hamba-Nya yang bertaqwa dan beramal dengan kebaikan dan mencegah kemungkaran. Sama-samalah kita sentiasa beramal dan berdoa untuk menjadi Ahli Syurga.
Waullahu a’alam..

Sunday 17 February 2013

Majlis Anugerah Dan Hari tenaga pelajar di MPAJ, Ampang Jaya, KL..

Assalamualaikum wtb sahabat2 silat smua..
Apa khabar iman kamu hari nie? Tepuk dada, tnya iman kamu ye.. ^^,
Harap smua sahabat sihat2 hendakNYA.. insya'ALLAH..

Baru2 ini, pada 16hb Feb 2013, PSSCUH dibawah Akademi Seni Silat Cekak Hanafi telah mengadakan satu majlis yg berlangsung di Ampng Jaya, iaitu, Majlis Anugerah Dan Hari tenaga Pelajar 2013..

Alhamdulillah, PSSCUH UniSZA turut terlibat meraikan majlis tersebut.. Wakil dari UniSZA seramai 18 org yg terlibat. Di ikuti dengan lagi beberapa buah Universiti dan Sekolah2 yg lain..

Majlis dimulakan dgn Majlis Tenaga Pengajar yg melibatkan jurulatih tahap 1-tahap 3.. Pentauliahn ini sedikit sebanyak menaikkkan semangat para jurulatih utk terus aktif dalam seni silat ini.. Majlis kemudiannya diteruskan lagi dengan Majlis Anugerah Kecemerlangan SRP.. seramai 4 org wakil UniSZA telah berjaya mendapat SRP Lulus Dengan Kepujian.. iaitu, Nadia Abdul Rashid, Hidayatul Akma, Nursaini dan Amalina..
Mabruk diucapkan kepada mereka di atas pencapaian itu.. Bagi yg lain pula, tidak bermakna anda tidak dpt kepujian anda tidak hebat, kita smua sama sahaja.. Harus berjuang bg memantapkan lagi gerak geri dan berkongsi kemahiran kita yg ade dgn pelajar2 baru.. "Kemahiran tidak dipandang dengan pangkat tetapi ianya terletak pada kemampuan kita mendalami kemahiran tersebut""..

Selesai majlis itu, diteruskan lagi dengan majlis petua dan taklimat kepada jurulatih yg di sampaikan oleh Guru utama dan Datuk Nasir ( Presiden PSSCUH ).. Majlis tamat sekitar jam 12,30 tgh hari..


Barisan penyelia2..


Sewaktu pendaftaran..

Panglima2 pengiring yg mengiringi Guru Utama..

Guru Utama merasmikan Majlis Anugerah Dan Hari Tenaga Pengajar..


Hadirin dgn penuh khusyuk mendengar.. ^^,


Pentauliahan jurulatih yg disampaikan oleh Guru Utama..


Sahabat2 dari Universiti Malaysia Terengganu..

Suasana majlis..


Presiden PSSCUH menyampaikan kata2 aluan..

Ikrar para jurulatih..











Penyampaian Anugerah Kecemerlangan SRP..











Alhamdulillah, berakhirlah sudah Majlis Anugerah Dan Hari Tenaga Pengajar 2013..
Moga ianya dapat memberi semangat kepada smua ahli2 PSSCUH ini agar dpt bersama2 memperjuangkan seni silat yg telah diturunkan oleh Ustaz Hanafi suatu masa dahulu..
Mabruk a'laikum kepada penerima Anugerah Kecemerlangan..

 "Semoga Berjumpa Lagi Pada Masa Akan Datang.."

Moga ukhuwah yg terjalin antara kita dibina diatas landasanNYA..
insya'ALLAH..

Ma'ssalamah ......... >___<