Monday 19 November 2012

Cabaran Pandai Silat 2012

Assalamualaikum wtb sahabat2 silat smua..
moga sentiasa sihat dan berada di bawah lindungan rahmatNYA..
aminn..

Pada minggu lalu, 17hb November 2012, di adakan Kejohanan Cabaran Pandai Silat 2012 di Wangsa Walk, kL.. Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi UniSZA telah menghantar wakil seramai 18 org, 3 kumpulan yg terdiri daripada Puteri cekak, Srikandi Tun Fatimah dan Cakak Ganu.. Kami menggunakan masa selama seminggu cuti semester break dgn menjalani latihan berterusan bersama2..


malam sebelum bertolak..
Puteri Cekak melakukan dgn penuh semangat..
dalam hati, hanya ALLAH yg tahu..berdebar2..












Cakak ganu beraksi..










## gambar untuk Srikandi Tun Fatimah... x jupe.. huhuhu.. mohon maaf ye.. =,=

Pada pagi 16hb Nov 2012, jam 8.3opg kami mula bertolak ke KL menaiki bas UniSZA.. seramai 30 org ahli turut serta termasuk peserta dan penyokong.. perjalanan yg di lalui terasa begitu jauh.. jauh, jauh.. huhuhu..

Sampai kL jam 6.oo ptg, kami mula check-in ke homestay kami.. yg terletak di Jalan Maktab 5..
kenangan yg paling2 kami tdk dpt lupakan ialah bilik utk peserta lelaki ada seekor ULAR SAWA yg sangat2 besar.. kejadian ini berlaku selepas kami kluar makan dan berjalan2 di Wangsa Walk utk ambik mood silat utk bertanding esok..

Selepas tu, kami pulang dalam jam 11.00malam dan masing2 keletihan.. sewaktu sahabat kami berada di bilik utk berehat, tiba2 seekor ular sawa yg sgt2 besar jatuh dr syiling rumah tue, ke atas katil.. ( sy pon x taw perjalanan cerita tue, tnye Irsyad atau Azim ye utk tahu lbh lanjut.. huhuhu )
kesudahannya, kami menghubungi pihak JPAM utk menangkap ular tersebut..
malam sebelum tidur, kami, pasukan wanita lakukan latihan terakhir sehingga jam 2.oo pg.. huhuhu..

Pada pagi esoknya, kami bertolak ke Wangsa Walk dgn penuh debaran.. rasa takut itu ada meski bibir tersenyum.. huhuhu.. perjalanan program Cabaran Pandai Silat bermula jam 8.oo pg yg di mulakan dgn pendaftaran kumpulan yg bertanding.. seramai 1o kumpulan lelaki dan 6 kumpulan wanita bertanding pada cabaran ini..

suasana tempat pertandingan..














Banner yg digantung utk menarik penonton2 luar dtg menyaksikan Cabaran Pandai Silat 2012..












gambar2 Puteri Cekak, Cakak Ganu, Srikandi Tun Fatimah dan kumpulan2 yg turut serta menyahut cabaran ini.. ^^,








Barisan penonton yg membanjiri kawasan pertandingan..



Selepas sesi bergambar, pertandingan di teruskan..
gelanggang A diwakili pasukan lelaki dan gelanggan B pasukan perempuan..





Pusingan peringkat saringan berjaya di tamatkan sehingga jam 11pagi..
disambung dgn majlis Pelancaran logo sambutan perayaan 50 tahun Silat Cekak Hanafi..



Selepas tu jam 2.oo ptg, di sambung semula dgn peringkat akhir cabaran pandai silat..
meskipon cuaca di sana hujan lebat, perjuangan masih belum selesai dan harus di teruskan..
pasukan lelaki yg berjaya ke peringkat akhir adalah Segenggam, Lading Sembunyi, dll.. x igt.. huhuhu.. pasukan wanita, Puteri Kasturi, Tun Teja, Bengkung Emas, Puteri Cekak ( Alhamdulillah, syukur kepadaMU.. ), dan stu lagi pasukan.. x igt nama.. huhuhu..

Di pusingan akhir ini, kami diberikan 3 tugasan yg mana pertama adalah, gabungan sepasang, umum praktikal dan papan sekeping yg di condongkan setinggi 15 drjah bagi wanita, 28darjah bg lelaki..



 wakil pasukan Puteri Cekak menaiki pentas mengambil tugasan.. Nadia Rashi.. HERO Silat Cekak Hanafi UniSZA.. hehehe..



debaran sewaktu menerima tugasan..
muka saja menunjukkan ceria tp kt dalam hati.. debar2.. huhuhu..









masa yg di berikan hanya 1jam..
apa lagi, kami terus laksanakan tugasan2 yg di berikan..


tugasan ke 3, papan sekeping yg di condongkan setinggi 15 darjah bagi wanita..


papan sekeping yg di condongkan setinggi 28 darjah bagi pasukan lelaki..








tepat jam 3.30ptg, pertandingan di teruskan..

 pasukan dari lelaki..


pasukan dari Puteri Cekak..











pasukan wanita..









Setelah keseluruhan tugasan berjaya di laksanakan, juri mula berbincang dan menentukan siapakah juara bg cabaran pandai silat ni..
Dan, bersyukur ke hadrat illahi kerana salah satu dari pasukan UniSZA berjaya mendapat tempat johan bagi Cabaran Pandai Silat ni.. iaitu PUTERI CEKAK.. Alhamdulillah.. >___<
Muka2 ceria.. hehehe..


Puteri Cekak bergambar bersama Cakak Ganu..
hehehe..


muka2 Puteri Cekak.. hehehe


Barisan johan bagi pasukan wanita dan lelaki..


PUTERI CEKAK!!! terbaikk dari ladang.. hahaha
kami kehilangan seorg HERO di situ..
dimana Nadia Rashid?? hehehe



gambar bersama medal.. hehehe









sahabat2 yg sentiasa memberikan sokongan kepada puteri cekak sewaktu final.. syukran sahabat.. ^^,




pahlawan2 UniSZA.. "Cakak Ganu.." kurang 2 org lagi.. hehehe..







Alhamdulillah, selesai sudah Cabaran Pandai Silat 2012 yg di adakn di Wangsa Maju..
kami bertolak pulang ke UniSZA jam 9.30malam..
penat lelah kami dibayar dgn kemenangan ini.. Alhamdulillah..
meski esok kelas sudah bermula, meski esok bakal ade test yg membuatkan kami stress, segala2nya terubat.. huhuhu..

Alhamdulillah juga, perjalanan program ini berjalan dgn lancar.. syukur kpd ALLAH kerana permudahkan segala urusan kami..
Kehadiran program seperti ini dapat merapatkan lagi hubungan kami sesama ahli..
moga ukhuwah ini terus terjalin sehingga akhir nafas ini.. insya'ALLAH, aminn..

"TAHNIAH kepada pasukan PUTERI CEKAK di atas kemenangan mereka.."
Bagi pasukan lain, meski tidak mendapat tempat dalam pertandingan ini.. La Tahzan, krn ALLAH berikan kita sesuatu yg lebih baik.. iaitu UKHUWAH.. pengalaman bersama sahabat2 silat sepanjang program ini, mmg tidak dpt di lupakan,, jumpa lagi sahabat2 pada program yg akan dtg.. TERIMA KASIH SAHABAT kerana sentiasa bersama2 dan bersungguh2 dalam setiap latihan yg di jalankan,, korang memang terbaikkk!!!


 "" MOGA ALLAH MELINDUNGI UKHUWAH KITA SEMUA KERANA IA DIBINA BERLANDASKAN ALLAH""


"" SYUKRAN JAZILAN"
""MABRUK ""

Dari MT, EXCO, SEKETERIAT dan SELURUH AHLI Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi UniSZA..



















2 comments: