Tuesday, 4 December 2012

KEJOHANAN MINI WAJADIRI UNISZA MUSIM KE2

Assalamualaikukum wtb sahabat2 silat smua..
moga semakin bertambah hari, semakin bertambah iman kita semua..
insya'ALLAH..
moga sihat2 selalu ye.. >___<

Pada 30hb November 2012, hari Jumaat, telah di adakan satu kejohanan mini wajadiri di UniSZA bertempat di blok Ali02 pada jam 8.00pg. Peryertaan dalam lingkungan 40 orang telah berjaya menjayakan program ini. Pertandingan ini terbuka kepada UniSZA dan UMT

Aktiviti yg di jalankan terdapat 3 kategori. Kategori pertama adalah kategori asas jatuh, yg terbahagi kpd 2 bahagian iaitu, bahagian standard yg disertai 6 org dan bahagian kedua adalah bahagian sepasang yg mana setiap pasukan mestilah menghantar 2 org wakil utk brtanding di bahagian ini. Bahagian sepasang ini, ketua juri akan menyebut 3 buah terpilih kpd peserta utk dipertontonkan kpd juri. Tujuan bahagian sepasang ini di buat adalah utk melihat sejauh mana kemahiran dan ingatan para peserta terhadap buah yg di pelajari. Bagi kategori ini, seramai 3 kumpulan turut serta.

Kategori kedua adalah kategori potong/tamat yg terbahagi kepada 3 bahagian, sepasang kaki, tongkat, dan pisau. Setiap kumpulan hendaklah menghantar wakil seramai 3 org. Kategori ini samalah seperti wajadiri nasional yg diadakan setiap tahun oleh Akademi Silat Cekak Ust Hanafi. Penyertaan bg kategori adalah seramai 5 kumpulan yg terdiri daripada 3 kumpulan lelaki dan 2 kumpulan wanita. Kategori terakhir adalah kategori  terbuka yg mana terdapat 2 bahagian iaitu bahagian umum dan papan sekeping. Bagi kategori ini, penyertaan sebanyak 2 kumpulan yg terdiri daripada satu kumpulan lelaki dan satu kumpulan wanita.

Pertandingan bermula seawal jam 9.oopg. Tempoh di antara 8.oo-9.oopg, kami menunggu para peserta dan juri2. Alhamdulillah, seluruh ahli memberikan kerjasama yg baik kepada kami..




peserta2 dari kategori asas bg kumpulan lelaki..




peserta dari pasukan wanita..







Setelah semua peserta hadir, ketua juri, Abg Halim memberikan sedikit penerangan sebelum pertandingan bermula..




khusyuk peserta2 yg bertanding mendengar taklimat.. ^^,

taklimat..



peserta2 bagi kategori asas jatuh.. ^^,


peserta2 bagi kategori potong/tamat dan kategori terbuka..




 peserta2 asas jatuh bagi wanita..






Selepas taklimat, debaran semakin terasa dan pertandingan di mulakan..


 kategori asas jatuh lelaki..


asas jatuh lelaki..



asas jatuh wanita..


juri memberikan markah "8".. hehehe



peserta wanita bagi kategori potong/tamat..

peserta lelaki bg kategori potong/tamat..
semangat2..  0__0


peserta lelaki.. dari UMT.. ^^,


juri, penjaga masa, dan ketua juri.. khuyuk2.. >__<


juri, abg Zul.. sedang memikirkan dan memerhati kekemasan buah2 yg dilakukan org peserta..


 kategori akhir.. tamatlah sudah.. T__T









 Setelah tamat, abg Halim memberikan sedikit komen kpd semua peserta..


Sebelum terlupa, kebetulan, pertandingan ini diadakan sewaktu acara Konvokesyen UniSZA yg ke 4, jd ade beberapa bekas pelajar UniSZA yg turut menyertai persatuan ini datang memberikan sokongan kpd pgrm ini. TERIMA KASIH SEMUA.. >__<


Acara seterusnya, adalah penyampaian hadia kepada para pemenang..
Bagi kategori asas jatuh, kumpulan wanita (Hafizah) berjaya memenangi tempat pertama, kumpulan lelaki ( burhan) tempat kedua dan kumpulan Zur ain ( wanita) tempat ketiga. Bagi kategori potong/tamat, kumpulan safwan ( pasukan lelaki) berjaya memenangi tempat pertama, kumpulan Nawawi ( pasukan lelaki) tempat kedua, kumpulan Syaufik ( pasukan lelaki) tempat ketiga, kumpulan Hilma (wanita) tmpt ke empat dan kumpulan Fukhairah (wanita) tmpt kelima. Bagi kategori terbuka, Kumpulan Ridwan ( lelaki ) tempat pertama dan kumpulan kak Aina Mardhiah (wanita). Tahniah kepada smua pemenang.. >__<






Aktiviti terakhir sebelum bersurai, makan, makan, makan.. 0.o







Tahniah kpd ajk2 yg berusaha menyiapkan segala kelengkapan bg melancarkan pgram ini.. sy wakil ajk program memohon maaf jika berlaku kekurangan dari pihak kami.. T___T











Alhamdulillah, selesai sudah program kejohanan mini wajadiri musim kedua.. moga program ini dapat memberikan manfaat kepada peserta sebagai persediaan utk kejohanan wajadiri nasional pada tahun hadapan yg bakal diadakan di Uniten sesi 2013, insya'ALLAH..

"SYUKRAN JAZILAN KPD SELURUH AHLI & PESERTA YG MENJAYAKAN PROGRAM INI "

""MABRUK KEPADA SEMUA PEMENANG"

"" JUMPA DI PROGRAM HUJUNG MINGGU NI, SRP, PROGRAM KURSUS JURULATIH DAN FORUM BUDAYA CEKAK ""

"" MOGA ALLAH PERMUDAH DAN MEREDHAI SEGALA URUSAN INI, INSYA'ALLAH.. ""



 "" PENERAJU WARISAN MUTLAK"

""DARI MT, EXCO, AHLI PERSATUAN SENI SILAT CEKAK UST HANAFI UNISZA ""






3 comments: